BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Latar Belakang


Syarikat Neo Cycle Enterprise baru  ditubuhkan pada tanggal 14 ogos 2011 yang diusahakan oleh tiga usahawan  muda wanita  iaitu Siti Nurzawana bt madan, Nurunnajwa bt Ahiar dan Siti Nadiah bt Mohaad  Sariff yang telah berkerjasama bersama En. Omar b Lokman sebagai Pengarah Urusan syarikat kami.

            Syarikat ini ditubuhkan kerana minat kami yang mendalam dalam bidang berbasikal. Syarikat kami merupakan  pengimport dan  pengeksport  aksesori dan alat gantian basikal di Malaysia serta pasaran antarabangsa.ini keranabelum ramai perniaga yang berani mewujudkan syarikat seperti kami. Pihak kami menjual barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

            Selain itu, kami juga mewujudkan produk  ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan  dan  mesra alam  serta secara tidak langsung ia boleh  menjalani  aktivi lasak dan menyihatkan badan pada pengguna basikal.

 Dengan mewujudkan syarikat ini adalah untuk mencari lebih ramai pembeli dan pembekal bagi meningkatkan ekonomi syarikat agar dapat seirigan dengan produk antarabangsa serta boleh memperkenalkan Malaysia di mata pesada dunia.

            Lokasi syarikat NEO CYCLE  ENTERPRISE  A9 Lorong Kampung Bugis, Jalan Pelindung, Beserah, 26100 Kuantan,Pahang Darul Makmur,Malaysia. . Tujuan kami memilih kawasan ini kerana ianya terletak di kawasan mudah dikunjungi dan  startegik.

            Dengan itu, sebagai pengusaha syarikat  . kami akan berusaha sehabis daya untuk memajukan dan menaik taraf identiti syarikat  NEO CYCLE  ENTERPRISE ke arah wawasan 2020.